Friday, September 23, 2011

orang kawin

satu perkara yang aku sungguh sungguh tak sangka
aku diberi peluang utk buat kek kahwin pasangan ni
aku sebenarnya bukan siapa siapa dlm industri kek ni
nama pun tak ada kalau dibandingkan dengan 'orang-orang kek' yang lain

masa mula mula kak nor contact tanya aku free ke tak on 17sep aku biar je email tu terperap few days
dalam kepala memang dah merancang2 tak mau kata free
lepas tu kak nor sms mengingatkan 'jangan tak jawab email tu
ok....ok...
aku dah taip 2-3 baris kata 'sori kak nor...i x ambik order baru la bulan raya ni, mana yg ada tu semua dah konfom sejak few months yg lepas'
aku padam ayat tu
lepas tenung email tu few minutes
tau2 je aku taip 'ok kak nor. nak wedding cake yg mcm mana?'
boleh?
ha..ha..ha..
kek 3 tingkat
english spring flowers theme katanya
nak krim ke fondant?
owh...cake cutting buat tgh hari outdoor.. err..bawah khemah to be exact
tak de aircond?
well... fondant would be nice but i'd rather not take any risk coz our hot & humid weather senang2 je boleh rosakkan kek. nanti tau kek tu gelembung di sana sini.
ok then, buttercream
cair?
owh! no worry kak nor...insyaallah my buttercream stable, tak cair
err..kak nor..boleh tak bagi i sample warna tema pengantin?
dan kak nor pun emel aku scanned pic of the invitation card
hmmmm...jgn x percaya
aku terjerit2 dpn pc sampai budak2 ofis heran

"d.a.y.a.n.a & a.s.h.r.a.f "

aku tipu kalau aku kata aku tak teruja
sangat sangat teruja
sebab aku tak miss tunggu setiap episod 'ustaz amirul' yg keluar
kalau aku miss pun, aku cari kat tonton
bukan sebab dia handsome mcm john abraham
tapi sebab dia lain dari org lain


dan tak ada yg lebih menggembirakan bila family pengantin was so pleased to see hasil kerja aku
alhamdulillahh.....


Wednesday, September 7, 2011

14 tahun


7.9.97 + 7.9.11 = 14 tahun

14 tahun yang hebat
walaupun tidaklah seratus peratus yang indah indah sahaja
pendapat kami yang kadang kadang mencapah ke selatan & ke utara
tak sama citarasa dlm pelbagai perkara
kadang kadang tidak seirama dalam bicara
tapi bahagia kami tidak pura pura
hidup bersama, bertolak ansur, sekeluarga.. itu yang paling berharga

terima kasih suami, kerana menghargai & melengkapi

i, ii & iii + iv

(i)

aku tengah berkira-kira
adakah aku akan dikatakan terlalu berkira
kalau aku buka semula buku2 3-5 yang ada
yang bila aku campur campurkan kesemua jumlah2nya, boleh beli satu nugget emas 10g
mungkin... salah aku juga
aku tak pandai dlm undang2 berniaga :-(
bila dgn orang2 yang aku kenal, bila mereka tu sebut perkataan "nanti" aku diam, walaupun dalam hati aku jadi libang libu
dan 'nanti' tu tak ada expiry date

ada orang kata halalkan aja...
maybe it's not meant as my rezqi
tapi kalau hati tak ikhlas macam mana nak halalkan?

tapi mungkin juga diorang terlupa
sebab tu dorang jumpa aku pun muka selamba2 ja..
jadi, wajarkah aku ingatkan diorang?
tapi aku tak sampai hati
sebab aku takut diorang kecik hati
habis?
camna?


(ii)

pada suatu pagi yang aman damai
aku tergerak hati nak menjamu ipar duai
so selepas dpt green light dari encik suami
aku pun mula sms jemputan kepada ipar2 aku yang ada di sekitar sungai buloh
dan mana2 yang aku tak ada nombor, aku minta dari orang yg ada

yang menjawab ada, yang senyap pun ada
tapi aku konfiden, sms aku sampai pada yang sepatutnya

alih2 jam 8 malam, sorang ipar call tanya 'hang x jemput dia tu ka?'
aku pun dgn bersemangat menjawab 'jempuutt'
'dia kata hang tak de invite pun'
errkkkkk.... aku pun terus dial nombor yang aku sms pada pagi nya
satu suara garau menjawab
alamak!!! salah nombor la rupanya
owh..ok salah
dan aku finally dpt contact pada nombor yg betul
dan apa responnya?
"alaaa.. kami dah makan dah.. dah nak tidor dah ni'"
aku toleh ke jam dinding. 8.15pm
'laaa...sorry sgt2 tak tau pun salah sms. datang la... org lain semua dah on the way'
"malas lah!!! tahun depan je aku datang raya sana"
suara ala2 sentap. ngeeee...
aku rasa sangat2 tak best
sebab aku salah hantar sms dan mengakibatkan satu keluarga itu menyangka aku memang sengaja tinggalkan keluarga diorang
tapi mmg aku jadi rasa tak seronok lah
sebab mungkin aku yang salah jot down nombor & mengakibatkan aku salah sms

aku jemput... bukan aku tak jemput


(iii)

aku macam rasa blog entry aku yang sebelum ni buat orang salah faham
sebab tiba tiba mcm aku nampak segala hadis, riwayat, ayat2 tazkirah semua keluar kat tempat yang aku nampak dorg keluar lah.. intentionally untuk aku baca
dan tetiba aku nampak dlm cermin yang dorang pegang mcm aku adalah seorang cengkerik bermulut jahat yang penuh dengan hasad dengki, yang kerjanya asyik bercakap dan mengeji, (berperangai ahli neraka katanya) dan didoakan supaya mendapat hidayah Allah
*sigh*

...kalau betul lah apa yang aku terjemahkan dari segala kias banyak sisi tu perkara itu adalah aku

ia bukan isu hasad dengki dan iri hati
apa yang aku tulis - dalam blog yang aku kongsi dgn tak lebih dari 10, yang sepatutnya lebih bersifat blog peribadi, yang aku tau separuh dari mereka ni dah tak pernah jejak kaki kat blog aku tu..was purely isi hati pada situasi yang aku hadap hari hari kat sini

makanya, aku otomatik dijatuhkan hukum salah..bila generalisasi aku tentang menulis pasal perkara2 yang menggembirakan sahaja tu terkena pada sesiapa.. yang jadi tak gembira bila menyangka generalisasi itu adalah sebenarnya perkara spesifik yang sepertinya menuding pada orang tertentu
sedangkan aku berkata secara amnya tentang blog, fb, twitter atau apa aja tempat orang berkongsi pengalaman & rasa.. dan fesbuk aku sendiri yang kebanjiran tayangan perkara2 yg agak keterlaluan dlm perkara2 yg terlalu 'menggembirakan' dari lingkungan kawan & kenalan & kenalan fb yang sebenarnya aku pun tak pernah kenal secara peribadi. cuma bila terlalu ramai yang dikategorikan dlm kategori sedemikian, dan generalisasi itu ditulis seakan berkaitan dgn rungutan2 maka ia dilihat sebagai berkaitan

jadi, kepada yang berkenaan, kalau benar itu aku, aku meminta maaf seadanya.
bukan sinis, bukan terpaksa.
ikhlas.


(iv)

hati aku malam ni jadi kebas & hilang rasa

semoga Allah mengampunkan segala2nya
aku tak mau jadi ahli neraka

Saturday, September 3, 2011

sELAMAT hARI rAYA

tarikh : ahad terakhir cuti rasmi hari raya 2011



life's gonna be back to normal, i guess
jiran2 semua dah balik dari kampung.
to be sarcastic, actually..ada aku kisah? sbb dorg balik kampung ke tak balik kampung ke sama je pada aku
lagipun sekarang dah bukan macam dulu2... org sebelah nak balik kampung siap call habaq dia nak balik sekian2 jam, balik berapa hari.. maklum aje lah, aku sefamili mmg penunggu setia SU ni setiap musim raya. tapi sekarang.. itu semua dah tak penting. nak balik, balik aja.. tau2 rumah dah kosong. tapi sebenarnya tak jadi hal, baca je kat facebook, status updated. sindri mau tau la..

pagi ni aku kena kemas segala pinggan mangkuk & gelas2 yg aku punggah semalam sbb menjamu ipar2 & jiran sebelah rumah & jiran selang 2 rumah
penat?
tak la penat sgt sbb bukan selalu. it was great indeed esp bila dpt sembang2 sambil sip teh tarik & pandang balang cookies raya atas coffee table aku tu dgn jiran yg berselang 2 rumah tu wpun sampai dekat jam 1 pagi :-)

cuma sepanjang raya ni..dlm ketiadaan jiran2 aku.. ok tak la semua..ada few jiran2 yg tak balik kampung (read: berkampung kat sini), aku nampak their true colors (well.. sort of)

yang suka parking mcm ayahanda dia punya jalan tu dah sememangnya berleluasa tak hengat sampai pagar aku kena apit both sides. sampai depan gate org sebelah pun dia letak kereta, sampai aku balik nak masuk gate sendiri pun kena ala2 buat L parking *sigh*

yang suka main mercun. meletup2 macam ada sambutan tahun baru & tahun baru cina. tak cukup mercun yg meletup satu satu, mercun besar yg meletup jadi bunga (ok..yg ni aku tak deny memang cantik..), mercun merah raya cina siap gantung kat pokok jiran dia, lepas tu sampah mercun kertas merah2 tu berterabur atas jalan tapi bukan depan rumah sendiri but rumah org sebelah. how nice! meletup. meletup. meletup. sampai alarm kereta2 org depan rumah aku melalak 3-4 round
sheesshhh.. sungguh aku tak berkenan!!

yang pada raya ke 2, terserempak kat mcD lepas aku hantar mak g skypark.. buat2 tak nampak we all. tapi terpaksa menegur sebab aku yg kononnya peramah ni dah siap2 tersengih2. lepas tu buat ayat skema tanya tak balik kampung ke? haishhh... sejak tahun pertama aku kat sini, dan tiap2 raya seterusnya tak pernah miss sama2 ber-pagi raya kat sini ko boleh tanya aku tak balik kampung ke?
mental!

yg balik kampung & tinggalkan rumah semak. semak! not as in rumput yg tinggi tak berpotong, tapi sampah sarap longgok depan rumah. sampah yg lori sampah tak berapa redha nak kutip agaknya sebab tu lah dibiarkan. and dalam pada tu, peti sampah dibiarkan berpadlock. can u at least be considerate a bit. it's raya okeh?..  yg tinggal ni jgn la dibiarkan mcm duduk kat area bronx. botol air mineral 5 liter pun boleh bersepah2 depan rumah
aku tak nampak scene mcm ni setiap kali aku lalu kat KD setiap kali aku pegi beli groceries kat giant atau cake supplies kat SD
murahan betul!

hmmmm.... some would say aku suka komplen. iya.. aku memang suka komplen tentang banyak hal. bukan semua perkara boleh diterima dgn bersabar & berdoa saja.
menulis semua perkara positif & yang menggembirakan sahaja
cerita beli tudung baru, cerita beli kain baju baru, handbags baru, cerita anak comel.. or perasan anak comel or even perasan muka sendiri comel & jelita dgn more than dozens of own pic post gaya sok anggun
owhhh... sungguh aku muak!

dah..dah....

lepas ni kena sudahkan laundry yg tak pernah2 habis tu
lepas tu pulak kena buat ironing
lepas tu nak habiskan tengok movie 'antique bakery'
(or mebbe aku boleh tgk movie before aku start iron baju kot *grin*)

see... life's back to normal..