Wednesday, September 7, 2011

i, ii & iii + iv

(i)

aku tengah berkira-kira
adakah aku akan dikatakan terlalu berkira
kalau aku buka semula buku2 3-5 yang ada
yang bila aku campur campurkan kesemua jumlah2nya, boleh beli satu nugget emas 10g
mungkin... salah aku juga
aku tak pandai dlm undang2 berniaga :-(
bila dgn orang2 yang aku kenal, bila mereka tu sebut perkataan "nanti" aku diam, walaupun dalam hati aku jadi libang libu
dan 'nanti' tu tak ada expiry date

ada orang kata halalkan aja...
maybe it's not meant as my rezqi
tapi kalau hati tak ikhlas macam mana nak halalkan?

tapi mungkin juga diorang terlupa
sebab tu dorang jumpa aku pun muka selamba2 ja..
jadi, wajarkah aku ingatkan diorang?
tapi aku tak sampai hati
sebab aku takut diorang kecik hati
habis?
camna?


(ii)

pada suatu pagi yang aman damai
aku tergerak hati nak menjamu ipar duai
so selepas dpt green light dari encik suami
aku pun mula sms jemputan kepada ipar2 aku yang ada di sekitar sungai buloh
dan mana2 yang aku tak ada nombor, aku minta dari orang yg ada

yang menjawab ada, yang senyap pun ada
tapi aku konfiden, sms aku sampai pada yang sepatutnya

alih2 jam 8 malam, sorang ipar call tanya 'hang x jemput dia tu ka?'
aku pun dgn bersemangat menjawab 'jempuutt'
'dia kata hang tak de invite pun'
errkkkkk.... aku pun terus dial nombor yang aku sms pada pagi nya
satu suara garau menjawab
alamak!!! salah nombor la rupanya
owh..ok salah
dan aku finally dpt contact pada nombor yg betul
dan apa responnya?
"alaaa.. kami dah makan dah.. dah nak tidor dah ni'"
aku toleh ke jam dinding. 8.15pm
'laaa...sorry sgt2 tak tau pun salah sms. datang la... org lain semua dah on the way'
"malas lah!!! tahun depan je aku datang raya sana"
suara ala2 sentap. ngeeee...
aku rasa sangat2 tak best
sebab aku salah hantar sms dan mengakibatkan satu keluarga itu menyangka aku memang sengaja tinggalkan keluarga diorang
tapi mmg aku jadi rasa tak seronok lah
sebab mungkin aku yang salah jot down nombor & mengakibatkan aku salah sms

aku jemput... bukan aku tak jemput


(iii)

aku macam rasa blog entry aku yang sebelum ni buat orang salah faham
sebab tiba tiba mcm aku nampak segala hadis, riwayat, ayat2 tazkirah semua keluar kat tempat yang aku nampak dorg keluar lah.. intentionally untuk aku baca
dan tetiba aku nampak dlm cermin yang dorang pegang mcm aku adalah seorang cengkerik bermulut jahat yang penuh dengan hasad dengki, yang kerjanya asyik bercakap dan mengeji, (berperangai ahli neraka katanya) dan didoakan supaya mendapat hidayah Allah
*sigh*

...kalau betul lah apa yang aku terjemahkan dari segala kias banyak sisi tu perkara itu adalah aku

ia bukan isu hasad dengki dan iri hati
apa yang aku tulis - dalam blog yang aku kongsi dgn tak lebih dari 10, yang sepatutnya lebih bersifat blog peribadi, yang aku tau separuh dari mereka ni dah tak pernah jejak kaki kat blog aku tu..was purely isi hati pada situasi yang aku hadap hari hari kat sini

makanya, aku otomatik dijatuhkan hukum salah..bila generalisasi aku tentang menulis pasal perkara2 yang menggembirakan sahaja tu terkena pada sesiapa.. yang jadi tak gembira bila menyangka generalisasi itu adalah sebenarnya perkara spesifik yang sepertinya menuding pada orang tertentu
sedangkan aku berkata secara amnya tentang blog, fb, twitter atau apa aja tempat orang berkongsi pengalaman & rasa.. dan fesbuk aku sendiri yang kebanjiran tayangan perkara2 yg agak keterlaluan dlm perkara2 yg terlalu 'menggembirakan' dari lingkungan kawan & kenalan & kenalan fb yang sebenarnya aku pun tak pernah kenal secara peribadi. cuma bila terlalu ramai yang dikategorikan dlm kategori sedemikian, dan generalisasi itu ditulis seakan berkaitan dgn rungutan2 maka ia dilihat sebagai berkaitan

jadi, kepada yang berkenaan, kalau benar itu aku, aku meminta maaf seadanya.
bukan sinis, bukan terpaksa.
ikhlas.


(iv)

hati aku malam ni jadi kebas & hilang rasa

semoga Allah mengampunkan segala2nya
aku tak mau jadi ahli neraka

No comments: