Saturday, December 31, 2011

marah dan dendam

kenapa ya?

kalau kita kena marah. kita akan rasa geram sebab kita kena marah
tapi lepas tu kita hilang geram dah

atau kalau kita marah kat orang
bila kita dah hilang rasa marah tu
kita rasa ok

tapi bila ada orang buat kita rasa terhina
rasa tu makan dalam & ambik masa yang sangat lama untuk hilang
dan dari rasa terhina tu timbul dendam
(ok..dendam is not good... but sometimes you just cant help it..)
macam luka org diabetic..kan.. sekali luka..luka tu susah nak baik
dan kadang kadang tak baik langsung

kenapa ya?

Friday, September 23, 2011

orang kawin

satu perkara yang aku sungguh sungguh tak sangka
aku diberi peluang utk buat kek kahwin pasangan ni
aku sebenarnya bukan siapa siapa dlm industri kek ni
nama pun tak ada kalau dibandingkan dengan 'orang-orang kek' yang lain

masa mula mula kak nor contact tanya aku free ke tak on 17sep aku biar je email tu terperap few days
dalam kepala memang dah merancang2 tak mau kata free
lepas tu kak nor sms mengingatkan 'jangan tak jawab email tu
ok....ok...
aku dah taip 2-3 baris kata 'sori kak nor...i x ambik order baru la bulan raya ni, mana yg ada tu semua dah konfom sejak few months yg lepas'
aku padam ayat tu
lepas tenung email tu few minutes
tau2 je aku taip 'ok kak nor. nak wedding cake yg mcm mana?'
boleh?
ha..ha..ha..
kek 3 tingkat
english spring flowers theme katanya
nak krim ke fondant?
owh...cake cutting buat tgh hari outdoor.. err..bawah khemah to be exact
tak de aircond?
well... fondant would be nice but i'd rather not take any risk coz our hot & humid weather senang2 je boleh rosakkan kek. nanti tau kek tu gelembung di sana sini.
ok then, buttercream
cair?
owh! no worry kak nor...insyaallah my buttercream stable, tak cair
err..kak nor..boleh tak bagi i sample warna tema pengantin?
dan kak nor pun emel aku scanned pic of the invitation card
hmmmm...jgn x percaya
aku terjerit2 dpn pc sampai budak2 ofis heran

"d.a.y.a.n.a & a.s.h.r.a.f "

aku tipu kalau aku kata aku tak teruja
sangat sangat teruja
sebab aku tak miss tunggu setiap episod 'ustaz amirul' yg keluar
kalau aku miss pun, aku cari kat tonton
bukan sebab dia handsome mcm john abraham
tapi sebab dia lain dari org lain


dan tak ada yg lebih menggembirakan bila family pengantin was so pleased to see hasil kerja aku
alhamdulillahh.....


Wednesday, September 7, 2011

14 tahun


7.9.97 + 7.9.11 = 14 tahun

14 tahun yang hebat
walaupun tidaklah seratus peratus yang indah indah sahaja
pendapat kami yang kadang kadang mencapah ke selatan & ke utara
tak sama citarasa dlm pelbagai perkara
kadang kadang tidak seirama dalam bicara
tapi bahagia kami tidak pura pura
hidup bersama, bertolak ansur, sekeluarga.. itu yang paling berharga

terima kasih suami, kerana menghargai & melengkapi

i, ii & iii + iv

(i)

aku tengah berkira-kira
adakah aku akan dikatakan terlalu berkira
kalau aku buka semula buku2 3-5 yang ada
yang bila aku campur campurkan kesemua jumlah2nya, boleh beli satu nugget emas 10g
mungkin... salah aku juga
aku tak pandai dlm undang2 berniaga :-(
bila dgn orang2 yang aku kenal, bila mereka tu sebut perkataan "nanti" aku diam, walaupun dalam hati aku jadi libang libu
dan 'nanti' tu tak ada expiry date

ada orang kata halalkan aja...
maybe it's not meant as my rezqi
tapi kalau hati tak ikhlas macam mana nak halalkan?

tapi mungkin juga diorang terlupa
sebab tu dorang jumpa aku pun muka selamba2 ja..
jadi, wajarkah aku ingatkan diorang?
tapi aku tak sampai hati
sebab aku takut diorang kecik hati
habis?
camna?


(ii)

pada suatu pagi yang aman damai
aku tergerak hati nak menjamu ipar duai
so selepas dpt green light dari encik suami
aku pun mula sms jemputan kepada ipar2 aku yang ada di sekitar sungai buloh
dan mana2 yang aku tak ada nombor, aku minta dari orang yg ada

yang menjawab ada, yang senyap pun ada
tapi aku konfiden, sms aku sampai pada yang sepatutnya

alih2 jam 8 malam, sorang ipar call tanya 'hang x jemput dia tu ka?'
aku pun dgn bersemangat menjawab 'jempuutt'
'dia kata hang tak de invite pun'
errkkkkk.... aku pun terus dial nombor yang aku sms pada pagi nya
satu suara garau menjawab
alamak!!! salah nombor la rupanya
owh..ok salah
dan aku finally dpt contact pada nombor yg betul
dan apa responnya?
"alaaa.. kami dah makan dah.. dah nak tidor dah ni'"
aku toleh ke jam dinding. 8.15pm
'laaa...sorry sgt2 tak tau pun salah sms. datang la... org lain semua dah on the way'
"malas lah!!! tahun depan je aku datang raya sana"
suara ala2 sentap. ngeeee...
aku rasa sangat2 tak best
sebab aku salah hantar sms dan mengakibatkan satu keluarga itu menyangka aku memang sengaja tinggalkan keluarga diorang
tapi mmg aku jadi rasa tak seronok lah
sebab mungkin aku yang salah jot down nombor & mengakibatkan aku salah sms

aku jemput... bukan aku tak jemput


(iii)

aku macam rasa blog entry aku yang sebelum ni buat orang salah faham
sebab tiba tiba mcm aku nampak segala hadis, riwayat, ayat2 tazkirah semua keluar kat tempat yang aku nampak dorg keluar lah.. intentionally untuk aku baca
dan tetiba aku nampak dlm cermin yang dorang pegang mcm aku adalah seorang cengkerik bermulut jahat yang penuh dengan hasad dengki, yang kerjanya asyik bercakap dan mengeji, (berperangai ahli neraka katanya) dan didoakan supaya mendapat hidayah Allah
*sigh*

...kalau betul lah apa yang aku terjemahkan dari segala kias banyak sisi tu perkara itu adalah aku

ia bukan isu hasad dengki dan iri hati
apa yang aku tulis - dalam blog yang aku kongsi dgn tak lebih dari 10, yang sepatutnya lebih bersifat blog peribadi, yang aku tau separuh dari mereka ni dah tak pernah jejak kaki kat blog aku tu..was purely isi hati pada situasi yang aku hadap hari hari kat sini

makanya, aku otomatik dijatuhkan hukum salah..bila generalisasi aku tentang menulis pasal perkara2 yang menggembirakan sahaja tu terkena pada sesiapa.. yang jadi tak gembira bila menyangka generalisasi itu adalah sebenarnya perkara spesifik yang sepertinya menuding pada orang tertentu
sedangkan aku berkata secara amnya tentang blog, fb, twitter atau apa aja tempat orang berkongsi pengalaman & rasa.. dan fesbuk aku sendiri yang kebanjiran tayangan perkara2 yg agak keterlaluan dlm perkara2 yg terlalu 'menggembirakan' dari lingkungan kawan & kenalan & kenalan fb yang sebenarnya aku pun tak pernah kenal secara peribadi. cuma bila terlalu ramai yang dikategorikan dlm kategori sedemikian, dan generalisasi itu ditulis seakan berkaitan dgn rungutan2 maka ia dilihat sebagai berkaitan

jadi, kepada yang berkenaan, kalau benar itu aku, aku meminta maaf seadanya.
bukan sinis, bukan terpaksa.
ikhlas.


(iv)

hati aku malam ni jadi kebas & hilang rasa

semoga Allah mengampunkan segala2nya
aku tak mau jadi ahli neraka

Saturday, September 3, 2011

sELAMAT hARI rAYA

tarikh : ahad terakhir cuti rasmi hari raya 2011



life's gonna be back to normal, i guess
jiran2 semua dah balik dari kampung.
to be sarcastic, actually..ada aku kisah? sbb dorg balik kampung ke tak balik kampung ke sama je pada aku
lagipun sekarang dah bukan macam dulu2... org sebelah nak balik kampung siap call habaq dia nak balik sekian2 jam, balik berapa hari.. maklum aje lah, aku sefamili mmg penunggu setia SU ni setiap musim raya. tapi sekarang.. itu semua dah tak penting. nak balik, balik aja.. tau2 rumah dah kosong. tapi sebenarnya tak jadi hal, baca je kat facebook, status updated. sindri mau tau la..

pagi ni aku kena kemas segala pinggan mangkuk & gelas2 yg aku punggah semalam sbb menjamu ipar2 & jiran sebelah rumah & jiran selang 2 rumah
penat?
tak la penat sgt sbb bukan selalu. it was great indeed esp bila dpt sembang2 sambil sip teh tarik & pandang balang cookies raya atas coffee table aku tu dgn jiran yg berselang 2 rumah tu wpun sampai dekat jam 1 pagi :-)

cuma sepanjang raya ni..dlm ketiadaan jiran2 aku.. ok tak la semua..ada few jiran2 yg tak balik kampung (read: berkampung kat sini), aku nampak their true colors (well.. sort of)

yang suka parking mcm ayahanda dia punya jalan tu dah sememangnya berleluasa tak hengat sampai pagar aku kena apit both sides. sampai depan gate org sebelah pun dia letak kereta, sampai aku balik nak masuk gate sendiri pun kena ala2 buat L parking *sigh*

yang suka main mercun. meletup2 macam ada sambutan tahun baru & tahun baru cina. tak cukup mercun yg meletup satu satu, mercun besar yg meletup jadi bunga (ok..yg ni aku tak deny memang cantik..), mercun merah raya cina siap gantung kat pokok jiran dia, lepas tu sampah mercun kertas merah2 tu berterabur atas jalan tapi bukan depan rumah sendiri but rumah org sebelah. how nice! meletup. meletup. meletup. sampai alarm kereta2 org depan rumah aku melalak 3-4 round
sheesshhh.. sungguh aku tak berkenan!!

yang pada raya ke 2, terserempak kat mcD lepas aku hantar mak g skypark.. buat2 tak nampak we all. tapi terpaksa menegur sebab aku yg kononnya peramah ni dah siap2 tersengih2. lepas tu buat ayat skema tanya tak balik kampung ke? haishhh... sejak tahun pertama aku kat sini, dan tiap2 raya seterusnya tak pernah miss sama2 ber-pagi raya kat sini ko boleh tanya aku tak balik kampung ke?
mental!

yg balik kampung & tinggalkan rumah semak. semak! not as in rumput yg tinggi tak berpotong, tapi sampah sarap longgok depan rumah. sampah yg lori sampah tak berapa redha nak kutip agaknya sebab tu lah dibiarkan. and dalam pada tu, peti sampah dibiarkan berpadlock. can u at least be considerate a bit. it's raya okeh?..  yg tinggal ni jgn la dibiarkan mcm duduk kat area bronx. botol air mineral 5 liter pun boleh bersepah2 depan rumah
aku tak nampak scene mcm ni setiap kali aku lalu kat KD setiap kali aku pegi beli groceries kat giant atau cake supplies kat SD
murahan betul!

hmmmm.... some would say aku suka komplen. iya.. aku memang suka komplen tentang banyak hal. bukan semua perkara boleh diterima dgn bersabar & berdoa saja.
menulis semua perkara positif & yang menggembirakan sahaja
cerita beli tudung baru, cerita beli kain baju baru, handbags baru, cerita anak comel.. or perasan anak comel or even perasan muka sendiri comel & jelita dgn more than dozens of own pic post gaya sok anggun
owhhh... sungguh aku muak!

dah..dah....

lepas ni kena sudahkan laundry yg tak pernah2 habis tu
lepas tu pulak kena buat ironing
lepas tu nak habiskan tengok movie 'antique bakery'
(or mebbe aku boleh tgk movie before aku start iron baju kot *grin*)

see... life's back to normal..

Tuesday, July 26, 2011

on & off...

been here on and off...
nak post..
tak nak post...
edit..
simpan as draft..

i've got at least half a dozen of posting drafts - which i've decided eventually to keep only for myself - let 'em remain as draft lah!
i've been writing about those people around me and how they've affected me..directly & indirectly
how love...
hate...
patience & perserverance
whirled & twirled around us
.......

xde mood nak sambung..tapi xnak simpan as another draft...
nnt senang2 i'll hit this keyboard again & spit my thoughts out :-P

Wednesday, July 6, 2011

84-88.......2011


.... it's good to be surrounded by your ol time frenz, again.
the last reU we had was in 2008. even tho this time we had lesser participants (about 100 as compared to almost 200 in 2008) it was still meriah as it was supposed to be.


throughout the 5 years together we had somehow developed a very special friendship bond. tak boleh cari di tempat lain and tak boleh ditukar ganti. and it'll remain istimewa selama-lamanya


we still see the same faces although most of us changed physically. dah 40 of course :-)
tapi character wise, we're still the same bunch. we laughed the same laughs and we chat all nite long about how nakal we were in school, how we kena with this cikgu or how we kenakan that cikgu (again and again).


and to meet yean face to face - without having any guilt feeling anymore was something that i really looked forward to (most importantly being able to look into each other's eyes without having any glitch feeling deep down inside is really something)
it's been years.. that we were still unable to reconcile the feelings. especially after we met again in 2003, i always knew that the feeling reciprocates no matter how we tried to hide it. even tho we've settled down with our lives; blessed with our better halves & great kiddos. it's like we're having this thought on our minds - "why is it not u.."


well... i only have one answer to that thought. Allah knows what's best for us..and it was fated that we were not meant for each other. and it's best that we remain as friends.


and my best buddy Mr A.. *sigh*
it's been a while since he had our chat. and i knew it well that we really missed our good times & good laughs especially over some simple conversations we used to have on and off. it's too bad your mrs couldn't accept our special friendship.and i felt insulted over the issue occay!!. so at that time i thought it's best that i withdraw myself.
but somehow we just couldnt resist each other no matter how many times i asked him to keep his distance from me. and the reU dinner had restored our friendship again
only to be extra careful not to invite any repeated "situation" )


and this special card that yean gave me way back in 1987 says it all:


.
.
.
.
.
i came back from Penang feeling refreshed ; thank you darling hubby for being a very understanding companion. 


:-)

Monday, May 30, 2011

reU40

25 june 2011
penang
dan aku dgn misi membalas dendam...
.......
.......
.......
tunggu lah...!!!
dendam 3 tahun bakal tuntas!!
hoo hooooooo.....
best!!

*encik 'once my best buddy'... silap besar ko bawak bini ko yg cari pasal dgn aku tu..

Thursday, May 19, 2011

jangan la....

that's one annoying remark for God's sake
and u did it again !!!!
and again!!!

berapa kali dah?
dan untuk ke berapa kalinya... aku tetap sakit hati
bertahun-tahun aku cuba terima - sememangnya itu sifat buruk yang kau tak boleh kikis dan sebati dgn diri
aku sentiasa ingat itu
dan aku akan bersabar
dan senyum
dan tidak menjawab apa-apa

yang kau tak tahu
monolog dalam hati
aku tak pernah memaafi biarpun berkali2 aku ajar diri

darah O dan darah B takkan boleh serasi

Tuesday, May 3, 2011

tak sama... tapi hampir serupa

1 May 2011

SCENE 1- Restoren Amin Maju, Kuala Selangor


encik A : si X tu tak layak bertanding lah!!
encik B : tu lah dia...
encik A : tuh..si Y tuh.. tah hapa2 bla bla bla...
encik B : ya ..ya.
encik A : patutnya si Z bla bla bla... post utk cawangan situ patut si anu tu la pegang. dia boleh buat kerja. kontrak2 semua tu..bisnes tu..lubang buat duit bla bla bla....
encik B : ........
encik A : eh..sini!!! (panggil waiter).. atas ada bilik tak?
waiter : ada..ada..
encik A : bilik boleh tidur punya..
waiter : ada...
encik A : haa... tak pa tak pa...nanti (sambil sambung bercerita dgn encik B).
topik perbualan berkisar pada rasa tak puas hati dgn pemilihan pemimpin dari geng dacing kat tempat dia. lebih kurang sebab tak dpt kontrak kerja lah..sebab tak geng

aku bangun untuk basuh tangan... sekilas pandang aku pada encik A yg duduk di belakang meja aku.. umur late 40s, jam tangan emas a-la rolex, dressing typical kontraktor melayu...

dalam kereta, x-fiance aku kata "bukan wakil rakyat pun..kutu politik je tuh.. kuat bunyi tong dia"

SCENE 2 - Poolside, De Palma Inn, Kuala Selangor


encik C : abang! abaaaaaang! dah solat ke belum? (bertanya kpd anak lelaki dlm lingkungan 13-14 tahun)
anak : belum

aku alihkan pandangan dari buku yang aku baca. aku pandang encik C
umur late 40s, baju putih slit tepi, muka ada goatie. kemas. sekali pandang, muka warak... (warak ni judgement aku sahaja..based on his physical appearance)

encik C : ha... solat. solat. kejap lagi boleh lah kita solat sama2 nanti kat rumah..ehh!! err...kat bilik
anak : angguk sambil melompat masuk swimming pool

aku terus leka dengan novel baru yg aku beli di Pesta Buku sehari sebelumnya..

encik C : ha.. gini lah... kena make sure dapat projek tu
encik D : ya ..ya..

aku toleh sekilas.. aku nampak lelaki yg duduk di sebelah encik C, pakai baju biru putih, kat dada kanan ada "keadilan - cabang tanjung karang"
aku sambung dgn bacaan aku..tapi agak terganggu dgn conversation encik C & D

encik D : bla bla bla...
encik C : projek tu tak boleh tak dapat tu.. kena usaha..ya? iskkk...kira kasi dapat lah... cakap dgn budak2 tu.. kalau dorang nak duit..tak pa..saya bagi
encik D : bla bla bla
encik C : ya.... kalau dorang nak duit biar saya bayar...

aku toleh... kemudian pandangan aku bertembung dgn pandangan x-fiance aku.
x-fiance senyum kat aku sambil angkat kening... "i nak balik bilik lah... nak solat!!"
aku tengok jam... belum masuk asar lagi..walaupun zohor dah lama lepas

x-fiance aku berjalan sambil ketawa terbahak-bahak (tapi bukan ke arah chalet)
dan aku tau..dia bukan nak pergi solat pun

.....

Thursday, April 28, 2011

untuk dia..

dalam suka
kau hulur duka
.
dalam tawa
kau sentap rasa
.
dalam ceria
kau sulam durja
.
dalam ikhlas
kau timbang cara
.
dalam waras
kau tega menista
.
dalam hati mu
aku di mana sebenarnya ?

~MsYT Apr, 2011

Tuesday, April 26, 2011

RM2400/ RM1280

been juggling with the decision whether to take part or not.
1. Cake Decorating Challenge
the entry is simple - u just have to snap the photo your artwork and upload them to their website and later if the judges decides that u'll be one of the finalist to compete Live at the grand finale, then you have to start worrying of decorating the cake based on the mystery box given on the final day itself
1st prize is one delicious looking kitchen aid worth RM2,400 - best nih!!



2. 5th Malaysian Cake decorating Competition - Novelty Cakes
this the real challenge. you've gotta submit a real cake on the judging day (just like the prev wedding cake competition held last oct) and the cake has to be a novelty cake
and the 1st prize is a course & voucher worth RM1,280


*sigh* how la..novelty cakes, 3D, figurine toppers are just not my forte
and just look at the winning entry above...
i dont think i'm able to come out with anything even half of that :-P

so how am i gonna participate in both laaa...

fikir...fikir... nak register or not, tapi kalau for the sake of supporting the event, chances to meet new friends, establishing new network...aku rasa aku patut participate

Sunday, April 24, 2011

kawan & pokok

kawan sekerja bagi, masa dia nak berhenti
sejak tu, aku jadi tuan baru kepada pokok ni..
sayang gak la kat dia, mcm aku sayang kat our friendship
tapi aku dgn pokok ni...jadi sama mcm relationship aku dgn tuan pokok ni yg lama
kadang2 aku lupa dia ada kat sudut kiri belakang seat aku, sama mcm kdg2 aku lupa nak tanya khabar atau jengah kawan aku tu
jadi, kesimpulannya...
kalau kita berkawan, kita selalu kena tanya khabar & keep in touch..
kalau tidak, kita akan jadi lupa yang kita ada kawan yang pernah bagi kita pokok
heeee :-)

owhh!! btw.. what's that black stick lying on the table next to the vase?
itu adalah vanilla pod (ada 2..satu lagi kat atas vase tu - hidden a bit) yang diberi oleh suami kepada salah sorang customer kek aku.
masa dia bagi tu dia kata " kak...nah saya bagi kat akak :-) ni best ni.."
aku pun terima dgn hati yang gembira walaupun aku agak confused apakah motif dia bagi aku vanilla pods

Wednesday, April 20, 2011

nenas 7 tahun

yaaaaayyy!!!
nenas yg we ols tanam masa belum masuk rumah tu akhirnya dah berbuah
selepas 7 tahun uols!!
itupun sebab x-fiance pindahkan dari atas tanah naik dlm pasu
nanti ada masa nak snap2 pic masuk sini lah...

Friday, April 15, 2011

banyak bunyi

pada pendapat aku, org yang banyak berkata2 tentang ibadah yang dia buat adalah orang riak...
and sebab itu lah aku telah bertekak2 dgn mak aku sebab aku kata... 'boleh tak jangan kak xxxx tu asyik buka cite xxxx .."
..............................
..............................
apa2 di antara kita dan Allah itu tidaklah perlu dijadikan topik.....
..............................
..............................
owh! minda aku telah menang dalam perbalahan dgn hati supaya aku tidak meneruskan apa yang hati aku bercadang nak luahkan

ok..minda menang. full stop!

Wednesday, April 13, 2011

i need more space

32 x 70?
or 34 x 70?
(it'll be nice if they can offer 34 x 75?)

yess!!! undeniably i need a bigger space
but in the mean time... a layout plan on an additional 10 x 10 would be just nice
insyaAllah... in a few months time

Monday, April 4, 2011

sentap!

selama ni aku mati2 sangka dia tak mau kawan dgn aku dah sebab 2 perkara ni:
  1. Sebab aku tak jawab emel bertanya khabar yang dihantar kepada aku, dia, dia tu, & dia kat bawah sana
  2. Aku tak dapat buatkan cheesecake yang dia order sebab masa tu aku nak ke Langkawi

selepas hampir setahun 4 bulan, baru aku tau cerita sebenar
Dia sentap sebab dia sms aku & aku jawab sms tu dgn soalan “siapa ni? nombor nampak familiar..”
Dia kata kat kawan aku sorang lagi ‘ baru 3 bulan I resign dari sana, dia dah delete my number’ Aku ternganga kejap

Bila senses aku dtg semula lepas ternganga beberapa saat tu… aku fikir ‘apa ke gobloknya makhluk sorang ni. sensitif tak tentu pasal.. and sempitnya fikiran dia! terus jumped into her own conclusion..’
Aku beli handphone baru..ok? and kebetulan adik aku punya handphone rosak, dia pinjam (tp tak pulangkan balik) handphone lama aku tu and aku belum sempat transfer nombor2 yg aku store dlm hp lama tu ke hp baru and adik aku pulak tak reti2 nak pulangkan harta aku tu (biasa la tu org mmg selalu tak ambil berat harta org lain)

Mcm mana kepala dia tak boleh process possibilities kenapa org tiba2 tanya soalan mcm tu. mesti ada sebab sungguh aku tak sangka semacam itu kepalanya well…. kalau semudah itu dia buruk sangka kat aku… aku rasa dia tak payah lah masuk dlm senarai kawan aku not worth it!!

dia pandai sentap... aku pun nak sentap gak lah...

Saturday, January 15, 2011

biru biru aku terharu

walaupun masa contest aku x dpt masuk best 10 aku tetap happy. sebab gambar hasil kerja aku selected utk magazine. feeling dia memang best lah!! susah nak cerita.. tapi memang best