Sunday, April 12, 2009

kering

percaya tak? jgn tak percaya
ini lah yg tinggal dari pokok mangga harum manis we ols selepas dikerjakan dek anai2 yg tak guna itu.
habis. total loss. sama mcm kereta aku yg accident last year tuh...
tak perasan langsung si anai2 tu buat kerja. tau2 je sebelah pokok ni, yg facing rumah jiran, layu. mana la we ols nampak kalau dah keluar rumah 6.20pagi n balik semula 9mlm
housemate aku sedar je dah too late. sembur ubat pun dah x mau sbb anai2 ni dah attack bhg teras pokok. so..terpaksa redha je lah..
aku xtau bila la housemate aku nk tebang n buang pokok mati ni. alasan dia, kesian burung yg tiap2 mlm tido kat pokok ni nnt dtg rumah dia dh xde. boleh??
tp mmg ada satu burung amende tah akan dtg tido kat pokok ni tiap2 mlm
cadangnya nk ganti dgn nangka madu. anai2 x mkn kayu nangka sbb getah kuat. ntah lah..bila zaman pulak nk g beli anak nangka tu

Thursday, April 9, 2009

jagungz


saksikanlah hasil tuaian jagung benih MAHA2008 yg ditanam di pinggiran kawasan reban kambing yg sepatutnya membuahkan hasil koman2 sebesar lengan he..he...
tak taulah silapnya di mana, yg cekeding, yg pendek, yg rongak, yg hampir tak de isi, pakej gagal yg complete. yg dlm gambar ni MIL aku yg rebus. we ols makan la sambil ketawa2. tak tau la kalau disebabkan stail tanam n tinggal ala2 org asli buat tu ke...nampaknya tokeh2 kambing tu kena bagi perhatian lebih sikit kat tanaman ni kalau nk pastikan hasilnya sebagus benih yg dpt dari MAHA last year tu

Sunday, April 5, 2009

naga yg tak ada api, tapi ada bunga




bunga yg kedua terbit dari pokok naga ternakan kami. aku dah target tak mau terlepas peluang snap gambar dia kembang, sebab masa ni hari cuti. dlm kiraan aku, bunga ni akan kembang selepas subuh. so... aku cadang akan keluar n ambik gambar dia nak kembang tu step by step.
huh!!! gagal! selepas habis mendeco kek yg terakhir utk mlm tu, aku baring2 kat sofa sambil layan drama tah hapa2 kat tv. tau2 je housemate aku kejut... "kata nk hantar kek pagi ni?" ohh..iya x ye...aku pun bangun.. buat perkara2 rutin n bersiap seadanya...& keluar deliver kek ke bukit rahman putra (that's 17km jarak dari rumah aku). baliknya aku singgah kedai beli breakfast, beli lauk basah utk masak tgh hari n teringatkan kek chelsea bday anak school buddy aku yg belum 100% siap
sampai semula di rumah...masa keluarkan brg2 dari kereta, aku terpandangkan si naga itu...
huwaaaaaaa!!! sudah kembang, sudah lentok! aku lupa total!!!
ni lah yg dapat aku snap. tapi boleh lagi la dpt close up bhg yg Layman tanya hari tu. ni ada gambar ni ... belek sendiri lah ye..

semenjak mula berbunga kali pertama, ni ada lagi, yg ke 3 kudup baru about 1/3 growth, n ada satu lagi besar hujung kelingking baru terbit. tapi nampak gaya belum mau jadi buah. tapi tak pa... akan ku tunggu saat itu he..he...

Wednesday, April 1, 2009

hidup segan, nak matikan tak mau

blog yg dianaktirikan.
whatever lah...
kdg2 rasa nak post cerita tapi selalunya dah taip berjela2...discard je
takut yg ter-baca posting2 tu nanti, tersentuh hatinya... lebih teruk lagi, kalau bukan takat tersentuh tapi naik angin, sebab aku menulis sesedap rasa

nanti lah...
rasa nak hidupkan blog ni semula

Thursday, October 23, 2008

23 October, every year


:-)

Sunday, September 7, 2008

11th anni

wedding anniversary we ols. kali ni mcm tak de apa2 je...mungkin sebab jatuh pada bulan puasa; tak de masa nak gi shopping mall survey2 hadiah (alasan!). last year we ols hadiahkan each other dgn kambing 3 beranak (satu mak & sepasang anak) tahun ni mereka dah jadi 8, prosperous betul! tahun dulu2 beli jam branded, perfume & makan kat tempat mahal2. taun ni apa ek... hmm..kek coklat 9" dgn coklat overloaded, taruh 11 btg lilin & diraikan dgn nyanyian "happy birthday" kepada Adela *LOL*
ok la tu.... kan?


Friday, August 15, 2008

m.c.

haaaa.... isnin lepas, kat ofis mata kanan aku kena infection. balik dari kerja aku g ambik ubat. tak de intention nak mc the next daynya. pastu dah bermalas2 di rumah...tiba2 rasa mcm tak nak g keje pulak... so x-fiance kata gi la ambik mc kat panel. so pepagi tu lepas hantar ids g sekolah, gi la klinik. dapat la mc sbb mata masih merah, dicampur dgn genyeh2 lagi nk bagi effect bagus sket...
pastu x-fiance ajak g MAHA08 kat serdang tu. aku kata ONNNN!!! so main target of course la yg kat bawah ni... booth dia kat seberang jalan, seberang tempat display jentera2 & machines. adik x-fiance & partner dia lepak situ full time promote kambing & serai farming
tapi kan, buat hapa nak snappy2 kambing2 n lembu2 tu... takat kambing, we ols punya lagi hensem2. ni...yg teramatlah menarik perhatian aku. abang2 koboi yg macho2 tu... x-fiance aku pun pakai topi koboi gak kat situ, tapi rupa dia lebih kepada mexican yg berjemur kat panas tu ha...he...he..he..on the way balik to main entrance naik tram, lalu kat stesen nenas, tapi x singgah pun.. ce tgk...pintu gerbang nenas tu... huuuu...banyak gilos nenas. fevret aku nenas ni tapi yg kat situ kecik2 dari nenas sarawak

we ols balik around kul 6+, lepas makan mihun sup gearbox kat agrobazaar. not bad. harga pun ok... food mcm2 ada... rasa nak g lagi...

Wednesday, August 13, 2008

he..he..


gambar 2 beradik berpakaian kanak2 stail 70an... kalo tak salah gambar ni produced tahun 1975...
rambut pun mcm gaya lukisan katun2 dlm suratkhabar dulu2...stail komik bujal pun ada...heee....
nak upload gambar tebaloi & paper cuting yg comel2 yg org sarawak bagi pun tak buat2 lagi..iskkk... tapi mesti upload juga...
aku rasa aku nak letak dlm frame la paper cutting tu...senang sket nak display

Tuesday, August 5, 2008

bunga2an


ni posting pasal flower seeds sepatutnya tapi sblm aku kasi uols tgk gambar2 packet seeds tu uols sila tengok tarzan kecik kat umah aku ni. masa aku tekan shutter camera, dia dah turun dari petak ke 3 dari bwh grill tingkap tu...heee...pening kepala aku selagi ada tempat mesti dia nak memanjat. latest development, dia panjat ampaian baju mobile aku. tgh2 kibas kain dari bakul nak gantung hanger tkejut tgk dia tersengih sambil berdiri bergayut atas palang ampai tu..iskkkk

selingan!

let's move on to flower seeds packets yg dah expired belaka nih...


tgk lah...kata dia sow before jun 2001. and imagine skrg dah tahun berapa. he..he... jauh terlajak tuh..tapi aku sayang nk buka peket ni tgk apa jadi seed kat dalamnya








ni kwn aku bagi...dia beli masa dia g UK. tak tau la time tu dia plan nk tanam kat mana he..he..


ada mcm2, pansies pun ada...

Saturday, August 2, 2008

investment & retirement plan

he..he.. tajuk poyo je kan? tak kisah lah tu... sukahati aku lah nak letak tajuk apa koh koh koh...

hari ni aku rileks, dlm erti kata aku byk masa melepak2 depan pc merayau2 kat flickr kat blog n kat FP n boleh update habitat aku ni...aku dpt rileks ni sbb smlm aku ambik cuti satu hari... bila pikir2 semula rugi pulak cuti aku tu. ambik cuti sbb nk "kemas" 2 ekor kambing tempahan lauk kenduri akikah customer x-fiance hari ni kat selayang. tapi keje mengupas 2 karung bawang utk dijadikan bwg goreng aku dah sub kat sis in law aku.

so cuti aku dimanfaatkan dgn menyiapkan cheesecake2 tempahan, yg mcm biasa...tetiba je menjelang khamis org semua terasa nak mkn cheesecake he..he.. (aku suka fenomena tetiba org rasa nk mkn ciskek tuh..!!). ada few aku tolak dgn alasan dah "penuh". org mesti ingat order aku gila babas punya banyak sampai x sempat nak buat kan? istilah penuh tu kalo utk ciskek, maknanya cake tin aku dah penuh *LOL*. aku cuma ada semua size cake tin dlm gandaan 3 so kalau yg ke 4 tu kalau dia xnk tukar size meaning aku kena tolak lah. satu lagi fridge aku pun bukan la boleh sumbat sampai 10 tin.

apa2 pun aku dpt buat ciskek2 tu dgn aman2 mlm tadi sementara tunggu kuzi & sup kambing masak. mlm ni mekap je mereka2 itu...

talking bout kambing, aku nk kasi uols tengok latest happening kat so called investment kambings aku. last year aku beli COCO dgn harga RM1.5K, now aku dah ada 2 ekor anak kambing jantan dari coco. AKO & AKI. AKO tu dah x kategori anak kambing lagi dah sbb dah start boleh jd bapak kambing. si AKi kecik lagi la umur baru nak masuk 2 bulan. both ada spec kambing pembaka yg hebat (kata x-fiance & partner dia la)

pastu lagi satu set, kambing 3 beranak (satu mak & sepasang anak) yg we ols beli as wedding anniv gift last september tu. haaa....hari tu mak dia beranak 2 ekor, nama labu & labi. pastu hasil sumbang mahram si anak tu keluaq satu ekor. pastu mak dia x-fiance kawinkan dgn MAUI (yes!! ma-ui dah capable uols!!). paling baru, we ols dapat 2 ekoq anak kambing betina. amende tah nama, si bangla yg nama Mantu tu kasi nama hari tu...

ni nk kasi tengok, si mak yg asyik makan x berenti n anak2 MA-UI yg kiutz2

so in total, aku sekarang ada 3 ekor jamnapari, 6 ekor baka kacang & 2 ekor baka kacang kacuk jamnapari. 11 ekor uolssss!!! he..he... haa..tu la..uols tak de kambing. aku ada :-) hehehehheheeee....


video


Wednesday, July 23, 2008

grafitti

kat mana2 pun sentiasa ada contengan kat dinding, kali ni..dinding tepi tangga kat tepi kelas 3Usaha, SKSP. spotted this masa attend sessi tandatangan kad kemajuan kanak2 kat sekolah. aku x nampak pun, tapi x-fiance yg dok berlegar2 sblm sampai turn we ols tu yg tunjuk..

setau aku dlm seluruh tahun 3 tak ada student lain yg nama Adzim Hadi selain yg berbinkan x-fiance aku tuh. yg jadi tanda tanya siapa yg conteng nama tu kat dinding ni & apa motifnya. bila aku tanya tuan punya nama, dia jwb.. "tah..tak tau, abg long lalu kat situ tau2 je dah ada, hari tu tak de!!"

hmmm.....

Thursday, July 17, 2008

unfortunate event

dah lama tak update blog ni baru few days lepas cadang2 nak update semula. doesnt matter lah ada org dtg sini or not tapi aku nk update. supaya time aku boring2 aku boleh lepak sini n baca semula apa yg berlaku disekeliling aku.

gambar ni, kejadiannya pagi semalam. tgh tunggu Q nak berjalan, tau2 kena hit dgn motorbike. ridernya budak sekolah form 5. tau tak mcm mana rasa masa dgr berdentum kat blkg tu? rasa darah naik ke kepala n rasa nak melempang orang...!!!

we both tgh sembang2 dgn tenangnya and suddenly ada rider buta yg tak boleh bezakan kat depan dia ada kereta berhenti or not. xfiance aku turun n tengok...budak sekolah in school uniform tgh terdengkot2 g tepi. haiyaa!!! bikin susah org saja la...
kereta bakal lepak workshop, foreman kata 2 minggu. maknanya 2 minggu la aku kena pinjam kereta sedara mara...

mmg marah! sampai hari ni pun aku masih belum hilang marah. memang la org boleh kata "dah takdir" tapi kecuaian org lain yg buat aku susah... siapa2 yg memandang mmg tak rasa. atau pun kalau tahap sabar dorang kelas dewa, atau mmg species sengal xde perasaan yg tak kisah la kalau terkena mcm ni redah je

anyway...lepas talk n nego dgn ayah mamat tu, the ayah agreed to be responsible for the accident. org mungkin kata..claim insurance, ok apa. well...not ok to us.
1. sebab our NCD = 55% so we're talking about total of 5years punya no claim discount
2. there are other costs involved bila kita terlibat dgn accident - tak de peace of mind selagi kereta belum elok. 3. hellooo!!! ko langgar org lps tu ko balik rumah lepak2 je...

lps buat repot x-fiance tried to contact makhluk yg terlibat tapi none of them angkat phone. tiap2 hari matikan fon. so disrespectful!! (expected, sbb org2 mcm tu mmg jenis tak berapa nak guna akal) kalau dorang kata xde wang nk byr pun we ol boleh kata apa, takkan nk g cekik pulak. tapi cara dorang treat we ols ni yg buat we ols marah. and we've decided...after semua dah settle dgn urusan repair & insurance, we're gonna proceed dgn summon. since that boy is a minor, the summon will go thru the ayah. and we'll see from there...let them learn, lenkali mau ingat. respek org sikit...

* ahad lps x-fiance berjaya bckp fon dgn si ayah, tu pun si maknya x sengaja ter-angkat fon ha..ha.. kantoi!! biasa la dgn stori sedih yg dia nak kena berenti keje apa segala. x-fiance kata dia sangat bersimpati tapi sila lah bertanggungjwb he..he.. so janjinya 2hb ni dia akan bayar. we'll see... aku kata kalo si ayah buat pyt, make sure jumpa dgn anak dia sekali, pastu sekolahkan anak tu sikit..biar dia tau, dia buat hal ayah dia yg kena tanggung.
we ols bukan nk buat untung out of this accident tapi we ol minta token of gantirugi kesusahan we ols tak de kenderaan & hassle ke hulu ke hilir & tpaksa cuti emergency pada hari eksiden sbb spend masa kat luar lebih dari 2 jam. tapi kalo they ols bayar, we ols tak de la zalim nk g buat civil summons plak

dari conversation on sunday tu dpt tau
- anak kata dia sorang2 je naik moto
- anak kata dia pakai helmet

ha..ha..sian kwn dia yg berdarah2 dagu tu. x-fiance bgtau si ayah..gi la tanya kabar kwn anak yg membonceng tu, yg menangis tersedu2 kat tp jln tah sakit ke tah takut sbb kena tengking dgn x-fiance pagi tuh...
and helmet bawak... tapi membonceng sama2 atas motor

adjuster pun dh tgk kete...sib baik dia agree utk propose ganti cover boot kalo x merana la dok tgk kesan simen.

Wednesday, January 16, 2008

sawang

banyaknya sawang tempat ni. lama tak masuk
been bz with loads of things of late
rasa2 mcm nak update semula..tengoklah nanti...

Wednesday, November 7, 2007

update

dah lama tak update blog ni. bz dgn berbagai2 perkara (ya lah sangat!).

this year bertambah lagi satu tahun umur aku. apa achievement aku dlm tahun ni berbanding tahun lepas? i would say, the 1st achievement, aku turned jadi penjual kek sejak january lepas (unplanned! ha! ha!). it all started dgn kes aku ter-beli 2kg cream cheese & mula buat eksperimen dgn cheese yg byk tu. tah mcm mana... (aku pun tak berapa boleh recall sebenarnya..) orders started coming in. and that was how simple & straight forward my so called small baking biz started. to admit, i'm quite happy with the 'cheesecake towkeh' label given by kawan2. walaupun sekarang jadual harian dah ada tambahan 'kerja'.

2ndly, i manage to own my dream car. tak mau cakap banyak tentang ni. nanti org kata aku riak *LOL*

3rdly,...err...takat 2 tu je kot

Thursday, October 18, 2007

early wishes

last week dapat birthday card beserta voucher2 diskaun dari jaya jusco. ada kenny rogers, ada voucher spa ada lagi tah apa2 yg mcm x de nk guna je...
semalam dapat birthday card dari honda pulak. bagus juga dorang ni. siap ada goethe punya kata2 hikmah he..he..
agak2nya tahun ni je dia hantar atau dia hantar kat semua ccustomer dia tiap2 tahun? he..he...
dapat la benda mobile fon punya tali tu..gua tak ske guna pun tali tu.. bagi la key chain yg cun2 ke.. mcm bmw..beli kereta dapat metal keychain cun gilerrr....
btw, bukan hari ni birthday gua. tapi lagi few days. next week hari selasa. hmmm.... nak minta apa ek dari x-fiance hik hik.....

" Whatever you can do or dream you can do, begin it
Boldness has genius, power & magic in it "
- Goethe




Saturday, October 13, 2007

deco

ini dia deco utk hari raya di rumah we ol. ni si x-fiance punya keje..pagi2 buta sebelum bersiap utk keluar sembahyang raya dia dah trim daun2 kat laman depan... dan itulah hasilnya...
daun monkey palm & daun helikonia sumbat masuk vase yg asalnya letak money plant

Thursday, October 11, 2007

hari raya




ni adalah di antara persiapan hari raya. baju kurung kain polos untuk azalea touch up sikit kasi cun.




jenuh curi masa di antara baking cookies, daily house chore untuk siapkan beads work ni. sebenarnya within few hours je pun dah boleh siap sbb tak guna byk warna pattern pun mudah je tapi dah namanya gigih nak buat mcm2 benda..makan 2 hari juga la nak siapkan
angan2 nak buat beadwork kat baju raya sendiri, dari leher sampai ke kaki pun nak letak beads *LOL* tapi tak kesampaian. kalau sempat nak jahit beads sikit kat baju kurung adela pulak :-)






Laman : alaaaaa..uol ni..jgn la over2 impressed. tak de talent apa2 pun..takat ala2 kadar je... ha..ha..
nak kena juggle la masa nk buat benda2 ni tapi kalo suka..sure can find time one he he....;-)
err..tapi kan, ada juga terasa mcm stok makcik2 bila berkecimpung dgn hobi2 semacam gini...
our theme this year is supposed to be green, tapi diff2 tone la.. x-fiance & his daughters kaler lebih kurang, my son baju dia lime green, mine is somewhere between theirs & my son's. heh! apa sunflower..gua tak mo la folo taste jaafar onn..everything sunflower :-P

Sunday, September 30, 2007

lukisan

hari ni blog agak sihat... so..hambek uols..sekali gua lepaskan posting2 tertunda segala nih...

ni lukisan beli masa singgah kat pasar payang kuala terengganu beberapa tahun lepas masa bercuti2 malaysia dia sana. RM75 slps bargain. ni canting atas sutera crepe. hantar frame sendiri kena berapa tah dah lupa. baru2 ni masa adela masuk apsh, kat dinding penuh dgn lukisan sama tema. rasa2 mcm pelukis yg sama punya artwork je..sbb nemo, dory, anemone semua2 tu pun 100% sama. tapi ada byk la..ada kecik ada lukisan besar.. antara xtvt kat hosp hari tu..tawaf children's ward tgk lukisan kat dinding

yang ni pulak Adzim punya drawing masa dia umur 6 tahun. lukisan ni dia buat 2 kali, dalam size yang berbeza. yang ni besar size kertas lukisan standard je, yang satu lagi 2 1/2 kali size kertas lukisan biasa tuh. yg besar tu untuk submit ke 33rd International Children's Exhibition of Fine Arts Lidice 2005 organized by Czech Republic melalui The National Art Gallery. Pemenangnya akan dapat pingat the "Rose of Lidice" sebagai memperingati tragedi kanak kanak yang dibunuh masa perang. masa ni temanya "happiness" so we ol cakap kat dia lukis saja la apa yg dia imagine sbg happiness.. so.. masa tu dlm kepala dia "ice cream, kereta sport, main bola"

lukisan yg dia submit tu much2 more better tapi masa tu belum digital. ada la gambar ambik guna kamera lama tapi tak tau dah susun dalam album mana. yg ni... tiang buaian pun x cukup sebatang he..he.. dah we ol suruh dia lukis sekali lagi mmg tak mau jadi sama dah la... kaler pun ikut siap je..

N.A.G kata dorang akan hantar semua lukisan & craft yg budak2 submit tanpa tapis2. dorang kata it's all up to panel Czech yang pilih. obviously lukisan ni tak la terpilih pun, kalau terpilih sure mak dia dah bubuh link sana sini dah *LOL* tapi tak kisah la... janji dia nak participate & effort dia utk menyiapkan lukisan kat kertas besar tu...

nak tgk those yg selected klik sini http://www.lidice-memorial.cz/vystava/33/eng/index.html



kupu-kupu


gambar ni gambar lama. pic dated 10.3.2006 mmg tak pernah masuk FP pun, sebab blur. masa tu makro gagal berfungsi dgn baik.. yaaa.. blame it on the camera. tah kenapa susah gile nak dapat image yang sharp

dah la dia ni kecik ya amat. nampak line putih tempat dia hinggap tu? haa..itu simen putih in between tiles so uols boleh la imagine besar mana size dia ek.cantik with a 'unique' pattern on the kepak.

masa ni masuk bilik air nak ambik barang, suddenly terperasan dia dok lepak kat tiles dinding tepi sink..so
keluar g ambik camera n snap2. dah almost midnite dah masa tu... masa snap nampak ok, tapi bila upload ke pc..hancoq!

dalam longkang



dah lama tak update, ter-misplaced cable camera (gi hangkut sana sini sapa suruh) so tak boleh upload pics. kemarin baru jumpa tapi sibuk ya amat pulak dgn mcm2 sampai terlampau penat nak duduk jadi musang dpn pc


ok, let's go on dgn pokok mangga ni. snap ptg smlm dah dekat2 nk waktu berbuka. musim panas yg agak teruk skrg ni menyebabkan pokok ni pun mcm serba tak kena je. tak de pucuk baru yang keluar & daun2nya nampak sangat tak sihat

tapi dalam pada tu... ada la 4 biji buahnya. sebelum ni we ol ada la nampak bunga dia satu tangkai tapi buat tak tau je sebab mcm bukan masa dia nak berbuah lagi sekarang ni. we ol kata bunga sesat..either terlambat atau tercepat dari season. rupanya dalam diam2..4 biji yang survive hingga ke semalam. cantik je buahnya..bersih2 tanpa semut. agaknya sebab terjuntai masuk ke dalam longkang tu. longkang tu memang kering & bersih. berair time hujan je...

baru ingat nak belek2 buah2 mangga ni tiba2 x-fiance kata dah nak azan...