It’s been a while…
tulis..padam…tulis..padam
that’s me. and I knew I can never be an author :-P
macam mana nak siap kalau asyik tulis and padam?
ok..well.. ada banyak unwritten, unspoken thoughts I’ve been having of late
macam macam..
tentang perkara2 & manusia2 around me..
ada yg best ada yang tak best & ada yg sangat2 tak best or tak best langsung
i’ve been wanting to speak out my thoughts about friends yan kian hari macam kian pupus dari my so called list of friends. Ini sesuatu yang perlu difikirkan dengan lebih lanjut.. ia bagus..tak bagus ataupun tak apa..ia tidak merubah apa2.
I have this good friend. we even declared ourselves bff once upon a time ago. we wont miss our birthdays..which is just a week apart. kalau tak boleh celebrate together, we’ll make sure kita tak miss wish each other and akan berebut2 siapa dapat wish siapa dulu. we exchanged cards . we talked over the phone. we gossiped. tapi as we grew older, we changed. birthdays don’t seem to be that important anymore.
I dunno la…. maybe bcoz i got tired of listening to her non stop grumbling about how unhappy she is with her work, her life.. when I think she’s doing ok with her life & her family.
itu tak kena ini tak kena..kerja ni boring..officemate tak best..kerja kuat tapi tak kaya2.. & those long list of non stop complaints about things that she couln’t get. I complaint too.. a lot! but I think I wont cross the line. . there are times when I’m not happy with encik suami but I wont go to the extend of passing remark.. ‘nak cerai or he can go to hell’
so.. lama2 dia jadi membosankan… sebab phone conversations dipenuhi dengan soalan2 yang she already knew the answers.
mengeluh tak ada duit..hutang banyak.. tapi she can go holiday kat italy?... jangan mengeluh la dengan saya.. saya letih dengar, lebih2 lagi bila saya tidak lebih baik dari dia :-P
jadi sekarang, dia saya dah tak anggap sebagai bff as in the real bff lah.. jadi status kawan biasa sahaja.
ada orang lain. I thought we could become good friends. tapi saya silap menilai. saya sangka we can speak the same lingo, menari the same tango. mula2 she’s ok. tapi sekarang dia dah tak sama. dia dah lain. semenjak bila? entah…saya tak perasan… tapi yang pasti dia dah tak sama.
dan saya rasa saya dah bukan gu dia lagi untuk berkongsi rasa.. saya sedar yang saya bukan dari lingkungan dia
mula2 saya fikir saya sahaja yg menilai dia begitu.. tapi baru2 ni.. kawan saya yang seorang lagi juga berpendapat sama. bila kita cerita2..
hmm.. banyak juga kes terasa2 yg saya ingat saya sorang2 je pernah rasa.
ok…maknanya saya tak silap menilai.. dan bukan saya yang terlebih2 peka dan sensitive. dan kami sependapat yang dia mungkin merasakan dirinya semakin hebat. tapi saya rasa it was unintentional, dia tak sedar yg dia dah jadi tak best… dia tak sedar kata2 & tindak tanduk dia buat org lain kecil hati – lebih2 lagi bila dia yg semakin ‘bersyukur kononnya seadanya itu semakin begitu menunjukkan yang dia bersyukur he he..
saya tidak dengki. saya tidak iri hati. saya juga tidak mau berkata bahawa rezeki dia adalah lebih baik dari saya sebab Allah beri rezeki pada hambanya dalam berbagai2 rupa. cuma beberapa kali tersinggung hati dgn kata2 dan tindak tanduk dia buat saya berfikir..tak mengapalah… mungkin memang kami tak berapa sesuai jadi kawan.. lebih baik jadi sekadar kenalan. dan saya juga sudah berhenti dari mengandai2 yang dia akan suka dgn pemberian2 saya.
saya tidak dengki. saya tidak iri hati. saya juga tidak mau berkata bahawa rezeki dia adalah lebih baik dari saya sebab Allah beri rezeki pada hambanya dalam berbagai2 rupa. cuma beberapa kali tersinggung hati dgn kata2 dan tindak tanduk dia buat saya berfikir..tak mengapalah… mungkin memang kami tak berapa sesuai jadi kawan.. lebih baik jadi sekadar kenalan. dan saya juga sudah berhenti dari mengandai2 yang dia akan suka dgn pemberian2 saya.
sekarang, saya pahatkan dlm kepala saya… kawan rapat yg saya kenal dari kecil & membesar bersama pun boleh jadi tak best inikan pula mereka yang saya baru kenal semasa meningkat umur tua.
saya bukan mahu bermusuh dengan sesiapa, cuma tak pe lah, tak payah lah saya sibuk2 ikut rentak orang2 yang membuatkan saya rasa tak best ni...
No comments:
Post a Comment