Tuesday, July 31, 2007

anak kacang & pandan







ni anak pokok kacang kelisa yg baru hidup. tak perasan pun dia dah hidup sebab dulu pernah la cuba semai kat laman depan tapi hilang gitu je. benih dia ni beli kat supermarket masa shopping groceries. saya mmg suka belek2 paket2 benih yg ada tersusun kat small rack kat supermarket tuh...

pernah semai dlm pasu letak kat belakang rumah tapi sebab developer siap2 simenkan blkg tu..agaknya panas sgt pun tak mau hidup gak. percubaan menanam paling berjaya kat blkg umah tu, 5 pasu pokok cili yang disemai dari biji cilikering, main tabur je dlm pasu2 terbiar tu, tapi mau pulak hidup rimbun. sayangnya masa tu belum ada digital camera so tak de la gambar nak dikongsi. tapi menjadi betul buah dia cuma patern buah dia kurus n panjang tak gemuk n tak licin..mungkin tu mmg cili jenis yg sesuai dikeringkan agaknya

pernah juga tanam kacang panjang dlm pasu, letak tepi pagar, hidup..walaupun kurus n berbuah 4 biji. tapi dlm excited tgk dia berbuah tu, terlupa..dlm 3 hari selepas tu buka tingkap n intai..kenapa nampak semacam je pokok n buah tu... keluar n suluh, tengok2, laaa...dah kering kena makan panas. frust je...

ye lah..keluar rumah 6.30 setiap hari n balik dah malam n takde org kat rumah nak tolong siram. sudahnya x-fiance angkut semua pasu bawa ke depan n susun kat tepi tembok dekat dgn garden tap

haa...dah melalut2 dari cerita asal pulak. harap2 pokok kacang ni mau la hidup. tapi terpaksa la biar dia memanjat kat pagar depan. kat tepi dia tu ada pasu2 plastik bekas projek tanam pokok bawang, pokok daun sup. akar yg dlm gambar tu akar pokok pandan. pathetic abis rupa pandan ni skrg..dah tua n sepatutnya cantas bagi akar baru replace akar lama. skrg mcm hidup segan je.... plan nak import je lah rumpun pandan baru dari blkg banglo kambing...senang sikit, kan?
layman : mmg la cantik akar tu..sblm ni lagi besar n nampk exotic je tapi hak tu x-fiance dah cantas sbb terlampau tinggi n tak boleh support daun2 dia n rebah. cantas n bagi kat neber tanam. tapi k.o
benih beli paket tu ok juga la...so far tak de plak yg x hidup. tapi kan.. nnt nk post kat sini ada some packets seeds bunga2 omputeh ada la kwn ni beli kat UK n bagi kat gua nk soh test tanam. bila baca kat blkg paket..hmm...sah2 la menetas pun belum tentu seeds tuh.. byk betul spec yg tak menepati requirement dia. nnt nak snap pic paket2 tu bagi uols tgk
laman : ye la sexy pink tu yg bracts dia runcing hala 4 angle..kalo bihai n crab claw tuh dia mcm sekeping je kan ni dia mcm lantern. kat traffic light kat jln nk masuk tugu negara tiap2 pagi dok pandang jenis cran claw tapi hak serabut dlm dia tu byk sket n pattern sama mcm sexy pink ni cuma kale dia sebijik crab claw lah
nak tanam daun bwg mmg senang sgt...kan? dlm peti ais pun boleh buat kebun daun bwg he..he..

2 comments:

Layman's Garden said...

Macam2 projek sayuran kat habitat sini eh.. Kacang kelisa? Hmmm worth tanam kot.. mahal sayur tu.. saya x trust betul benih2 paket tu.. hidup juga ek.. Berbalaoi kan kalu tanam pokok and sempat merasanya walau pun 4 sahaja.. hehehe.. Eh, cantik lah pokok pandan dalam gambar ini nampak artistic, akar & batangnya macam pokok mengkuang kat hutan2 tu.. Biarkan saja lah.. jirus2 shoud be fine.. Lagi pun kelisa tu boleh lah panjat2 dia.. Best kan kalu masak sup, daunnya x yah beli segenggam tp petik je kat taman, makan budu ke, cili api petik je se biji 2, limau nispis pun petik.. bakar ikan je.. siap..

Halamanku said...

Eh, yg sexy pink tu yg baracket dia tirus memanjang tu kan, dulu our majils ppl ada tanam kat some park, masa tu mmg nak sangat pokok tu, planning nak pergi gali masa waktu malam..hahahahah.... tapi sekarang diaorg dah gali semua, tanam jer ngan rumput pearl tu, nampak sangat malas nak jaga taman.
Waduh, kesian 6.30 pagi dah keluar rumah, masa tu gua masih kat katil lagi..hehehe... Pokok daun sup tu, ntah, dah 2 kali cuba tanam, 2 kali tu mati menguning, maybe tanah tak sesuai kot, daun bawang, senang, tanam jer bawang kat pasu..hehehe... Duan pandan tua kat rumah pun dibuang setengah tahuunn lepas, sekarang baru start nak tumbuh baru, tapi gua rasa, pokok pandan nie kena rajin menyiram, dulu gua pernah cuba tanam kat laman rumah aunty gua yg tanahnya berpasir sebab rumah baru siap bina, tiap2 hari disiram, n a few mnths later, besar2 daunnya, maybe akar tu berjaya merayap ke kawsan tanah yg subur kot.....