Thursday, July 26, 2007

helikonia lagi

mesti uol kata 'laaa.... tak de gambar lain ke?'

rilekk dulu...gambar lokasi sebenar helikonia bihai ada dlm simpanan tapi puas selongkar tapi tak jumpa, jadi kena tunggu siang baru boleh ambil gambar terbaru. yang ni masa dia tengah meriah berbunga. background tu ialah tembok yang memisahkan rumah saya dgn rumah jiran sebelah. design rumah ni, pintu utamanya dari sebelah sisi dan tingkap yang nampak sipi tu tingkap bilik bawah yang kami jadikan bilik utiliti. bahagian atasnya terbuka dan ada kayu2 melintang ala pergola tapi kalau tak salah dah tinggal 2 batang je lagi sebab runtuh dek reput. developer lah bagi kayu tak de kualiti. kami belum rasa nak ganti pun kayu2 yg dah runtuh tu. biarlah dulu

pokok ni masa x-fiance tanam, tak la terbayangkan yang dia akan naik tinggi sampai mencecah tingkap tingkat atas. mungkin sebab dia mengejar cahaya sebab tu dia tinggi. bunga dia pun panjang..pernah ada yang sampai 17 bracts. bila dah panjang sgt, bunga dia melentur ke bawah sikit.

satu hal lagi x-fiance dah ter-tanam agak rapat dgn dinding n dia membiak pun semua hala rapat ke dinding. saing2 dia kat situ ada monkey palm, lidah jin and satu pokok yg saya tak tahu nama apa. pernah cuba tanam cala lily kat situ tapi tak mau hidup. mungkin faktor cahaya & tanah agaknya.

atas permintaan En Laman, ni close up salah satu lukisan dari lukisan helikonia tu. ini gambar scan, boleh nampak la hasil keje tangan amatur. tapi tak kisah lah kan.. walaupun tak sesempurna hasil kerja pro, janji sendiri gembira dapat gantung keje sendiri dlm frame ha..ha..
nanti sambung cerita lagi.....
layman : tak de belajar melukis kat mana2. sekolah dulu pun tak de subjek lukisan. main redah sendiri je. of course, snap gambar n tiru gambar tu..kalau harap duduk depan pokok tak tau la jadi rupa apa. cuma yg kuning (psittacorum) tu saya sketch sambil duduk kat tembok depan rumah sambil tunggu kanak2 main beskal n agak2 sendiri je color tone dia kemudian.
cantik kalendar lukisan2 buluh tu kan? tapi kalau frame, tak tahu la nak bubuh kat dinding mana..mungkin sesuai bubuh kat setiap bilik buat style hotel..kot?

1 comment:

Layman's Garden said...

Saya pun ada lagi simpan kalendar jenis2 buloh tu. ingat nak framekan gak tp blum lagi. Ya la telekom punya tahun 2004. Baru tau kan ada berjenis2 buloh. Cantik lukisan2 tu mmg layak di framkan. Kalu bagi i pun nak.... Heli ada belajar melukis mana2 ke? Cam pro tu. i used to wish to dwell into paintings when i pencen, like enroll kat limkokwing ker... tp now dah ubah fikiran, nak buka nurseri pulak..(teehee hee) tp minat tetap ada, cuma bakat kureng sket. kene asah betul2 kalu nak berkecimpong. Heli lukis gambar from garden terus atau snapkan dulu? Selalu artis akan snap gambar dulu.